Wednesday 29 August 2012

dari novel ke drama: ADAM DAN HAWA

assalamualaikum n hai smua...
ari ni aku tergerak hati nak tulis bnda ni...smua orang tahu yg skrg ada drama baru yg best gile iaitu ADAM & HAWA lakonan aaron aziz n nadya nissa..drama ni mnjadi favourite aku sebab ia dipetik dari aku punya favourite novel karya aisya sofea...dh berpuluh2 kali aku baca novel tu tnpa jemu..aku suka watak adam mukhriz (am) n msti org ingat aku suka watak tu sebab dia hensem tapi tu pun boleh dikatakan betol jugak la..minor faktor tp yang plg best smpai menyebabkan aku baca byk kali novel tu ialah dia berubah menjalani seorg lelaki yang lebih baik!
aku baru tengok episode 1 dan bagi aku so far so good...aku suka sangat dan aku harap drama ni hit mcm novel dia jugak...
ni aku cerita sikit pasal novel..dia bermula bila ain hawani bekerja sebagai cikgu tadika kepunyaan kak zah merangkap kak am (adam mukhriz). Diorang kenal kt situ..time tu am cuba nak tackle ain tp ain x layan sangat sbb am ni playboy..konflik muncul bila am dan ain di tangkap khalwat..so bermula cabaran dan dugaan dalam hubungan diorang..ain dengan penuh kebenciaan terhadap am n am plak cuba mempertahankan hubungan diorang dan mengharap ain maafkan dia...so kalau korang nak tau kesudahan cerita ni korang boleh la baca novel dia dan tengok drama yang diadaptasikan tu kt tv...
p/s: aku hope lps ni diorang wat la drama diadaptasi dari cerita novel princess ker AA+ BB ker baru gempak...
akhir kata aku hope makin ramai la orang kita aku mula menyukai drama melayu...jgn asyik tgk sinetron jerk or telenovela or drama korea jerk...drama melayu pun best n gempak gak...cewahh terlebih plak aku ni..so tu jerk aku boleh share ari ni so bye..=)




Friday 3 August 2012

berkira btol!!!

assalamualaikum...
pejam celik pejam celik dh berbelas hari dh kita berpuasa....
kejap jer masa berlalu....slalu asyik dgr bila puasa jerk kna tahan lapar n dahaga....so apa definisi puasa pd korg smua??
stakat tahan makan n minum jer ker??
stakat nak diet or jimat duit ker??
stakat ikut org jer ker?? or apa2 lg...
tiba-tiba jerk aku si bdak blurr blh terfikir time pd hari tu...
klau niat kita btol ok la...tp bgaimana dgn amalan lain yg dpt kita lakukan d bulan mulia ni??
klau puasa jer amalan wajib mcm solat x wat...x guna la wei....umpana pkai baju tp x pkai sluar...
aku kt sini bkn nak bleter mcm mak nenek tp aku cuma terfikir dh brapa byk la amalan yg aku wat spnjang dh berbelas hari aku puasa ni???
ni lg satu bnda yg aku terfikir smpnjg 2 3 hari ni...psl solat trawih..
aku admit aku ni mang liat gile nak solat trawih...iye la dh knyang gile lps berbuka lps tu jd malas thap gaban la...
tp aku wat gak solat trawih...tp kdang2 aku ni berkira brapa rakaat nak wat...pemalas btol aku ni!!! (TERemo kejap) aku klau mls aku wat 8 jerk...kdang2 bkn sbb mls ni jerk tp sbb aku x lrat nak dgr bacaan surah yg pjg tp x jelas dr imam tu...so at the end otak aku mlayang...so hilang la kyusuk solat aku kt situ...
tp sbnrnya point pnting aku nak ckp knapa la aku ni nak berkira sgt dgn rakaat solat nak wat...Allah nak bg pahala pun aku still nak main2 discount...cuba klau Allah berkira kira nak bg nikmatNya kt kita...habis kita lagu tu...
so aku rasa aku x patut berkira2 dlm mlakukan amalan n cuba seikhlas mungkin dlm mlakukan amalan...
so kt sini aku bg skit kelebihan solat terawih
Malam 1.     Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan , mendapat keampunan dari Allah .
Malam 2.     Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya ( sekiranya mereka orang beriman )
Malam 3.     Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau .
Malam 4.     Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran .
Malam 5.     Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa .
Malam 6.    Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini .
Malam 7.     Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi as menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman .
Malam 8.     Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana orang yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim as .
Malam 9.     Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad saw .
Malam 10.   Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat .
Malam 11.   Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan .
Malam 12.   Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya ( cahaya ibadatnya )
Malam 13.   Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan .
Malam 14.   Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya ada hari Qiamat .
Malam 15.   Semua Malaikat yang menanggung Arasy Kursi , berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya .
Malam 16.   Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .
Malam 17.   Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak Nabi-Nabi .
Malam 18.   Seru Malaikat : Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau ( yang masih hidup atau mati ) .
Malam 19.   Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus .
Malam 20.   Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehan .
Malam 21.   Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur .
Malam 22.   Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar ) .
Malam 23.   Allah swt binakan kepadanya sebuah Bandar di dalam syurga daripada nur .
Malam 24.   Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih malam ini, ( elok sekali berdoa ketika dalam sujud ) .
Malam 25.   Allah Taala angkatkan daripadanya seksa kubur .
Malam 26.   Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat .
Malam 27.   Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal-mustaqim seperti kilat menyambar .
Malam 28.   Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur .
Malam 29.   Allah swt kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali.
so jom la kita rmai mengerjakan solat terawih =)