Friday, 3 August 2012

berkira btol!!!

assalamualaikum...
pejam celik pejam celik dh berbelas hari dh kita berpuasa....
kejap jer masa berlalu....slalu asyik dgr bila puasa jerk kna tahan lapar n dahaga....so apa definisi puasa pd korg smua??
stakat tahan makan n minum jer ker??
stakat nak diet or jimat duit ker??
stakat ikut org jer ker?? or apa2 lg...
tiba-tiba jerk aku si bdak blurr blh terfikir time pd hari tu...
klau niat kita btol ok la...tp bgaimana dgn amalan lain yg dpt kita lakukan d bulan mulia ni??
klau puasa jer amalan wajib mcm solat x wat...x guna la wei....umpana pkai baju tp x pkai sluar...
aku kt sini bkn nak bleter mcm mak nenek tp aku cuma terfikir dh brapa byk la amalan yg aku wat spnjang dh berbelas hari aku puasa ni???
ni lg satu bnda yg aku terfikir smpnjg 2 3 hari ni...psl solat trawih..
aku admit aku ni mang liat gile nak solat trawih...iye la dh knyang gile lps berbuka lps tu jd malas thap gaban la...
tp aku wat gak solat trawih...tp kdang2 aku ni berkira brapa rakaat nak wat...pemalas btol aku ni!!! (TERemo kejap) aku klau mls aku wat 8 jerk...kdang2 bkn sbb mls ni jerk tp sbb aku x lrat nak dgr bacaan surah yg pjg tp x jelas dr imam tu...so at the end otak aku mlayang...so hilang la kyusuk solat aku kt situ...
tp sbnrnya point pnting aku nak ckp knapa la aku ni nak berkira sgt dgn rakaat solat nak wat...Allah nak bg pahala pun aku still nak main2 discount...cuba klau Allah berkira kira nak bg nikmatNya kt kita...habis kita lagu tu...
so aku rasa aku x patut berkira2 dlm mlakukan amalan n cuba seikhlas mungkin dlm mlakukan amalan...
so kt sini aku bg skit kelebihan solat terawih
Malam 1.     Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan , mendapat keampunan dari Allah .
Malam 2.     Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya ( sekiranya mereka orang beriman )
Malam 3.     Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau .
Malam 4.     Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran .
Malam 5.     Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa .
Malam 6.    Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur ( 70 ribu Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini .
Malam 7.     Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi as menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman .
Malam 8.     Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana orang yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim as .
Malam 9.     Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambaNya seperti Nabi Muhammad saw .
Malam 10.   Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat .
Malam 11.   Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan .
Malam 12.   Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya ( cahaya ibadatnya )
Malam 13.   Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan .
Malam 14.   Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya ada hari Qiamat .
Malam 15.   Semua Malaikat yang menanggung Arasy Kursi , berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya .
Malam 16.   Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga .
Malam 17.   Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak Nabi-Nabi .
Malam 18.   Seru Malaikat : Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau ( yang masih hidup atau mati ) .
Malam 19.   Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus .
Malam 20.   Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solehan .
Malam 21.   Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur .
Malam 22.   Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar ) .
Malam 23.   Allah swt binakan kepadanya sebuah Bandar di dalam syurga daripada nur .
Malam 24.   Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang berterawih malam ini, ( elok sekali berdoa ketika dalam sujud ) .
Malam 25.   Allah Taala angkatkan daripadanya seksa kubur .
Malam 26.   Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat .
Malam 27.   Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal-mustaqim seperti kilat menyambar .
Malam 28.   Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur .
Malam 29.   Allah swt kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali.
so jom la kita rmai mengerjakan solat terawih =)



No comments:

Post a Comment