Tuesday, 2 October 2012

taufan monson si bdak blurr..=p

hari ni aku rasa bukan diri aku yang sebenar...bangun pagi-pagi aku rasa macam nak marah orang jerk dan semua benda aku wat aku rasa x kena dan aku rasa jiwa aku mang bercelaru gila....
serius aku x tau kenapa dengan diri aku ni...macam orang yang kena kidnap dengan alien dan di cuci otaknya..
bila kawan-kawan aku kacau aku pagi-pagi macam biasa aku rasa macam nak marah tapi aku tahan jerk...so lebih baik aku diamkan diri dan aku ter"sound" kawan-kawan aku...tp dalam masa yang sama aku mang rasa bersalah gile sebab moody taufan monsun aku smua orang terbabit. sorry to everyone yang terlibat dengan perangai buruk aku ni.
tadi aku duk dalam bilik sorang-sorang. Aku mang plan arini aku mang nak wat benda diluar alam maksudnya aku mang nak wat benda yang aku rasa nak wat tanpa fikirkan tentang kesan dan tanggungjawab aku serta perasaan orang lain.aku rasa cam nak BEBAS jerk tanpa fikirkan apa-apa.
sebab aku dah x leh tahan dengan jiwa celaru yang overdos ni aku message kawan aku...then dia cakap apa yang aku rasa..lps few minutes dah penat tunggu, then dia balas, dia cakap tu smua bisikan syaitan then aku pun fikir btol gak...
so untuk menghilangkan rasa tension and stress gila sawan aku ni aku pun wat la kerja assignment "CRG" yang mang pagi tadi aku gila nekad x nak wat...lantak la klau kena marah ke kena backhand ke or whatsoever...tp sebab aku x nak jadi hulk yang musnahkan smua benda demi nak meredakan kemarahan dan kecelaruan, aku pun wat la kerja tu. dah elok aku wat kerja...tiba-tiba aku dapat call dari akak aku...dia dengan rajinnya bagi ceramah "percuma" kat aku pasal aku yang gedik ni nak wat praktikal kt mlaka.. mak bapak aku hope gila aku dapat wat kt penang..dekat dengan diorang. so maka dengan keputusan aku ni smua yang ada disana pening pasal aku. aku dengan muka blurr pun dengar jerk ceramah dia...oleh sebab benda tu,  aku makin tension and strees.....salah ker kalau aku nak wat keputusan sendiri..knapa setiap kali aku nak something aku nak kna refer kt orang lain dulu...aku mang gila benci dengan smua ni...knapa smua benda aku nak kna dengar pendapat orang lain dulu...mang la x salah aku ikut pendapat diorang tp setiap kali aku nak wat benda lain then lepas kna brain wash trus jerk aku ikut keputusan diorang...smpai bila aku nak boleh wat keputusan sendiri??? bila lagi aku nak wat salah dan betol kan kesilapan aku sendiri?? bila lagi orang lain nak dengar suara or pendapat aku??? aku benci smua ni!!! benci sangat2!!!!!!!!!!!!!!
aku jiwa kacau sampai la azan zohor....then aku pun ambil wuduk and solat...lps solat jerk dan baca yasin..aku terus tenang dan kosong jerk otak aku...aku suka sangat rasa time tu...betul la orang cakap klau kita dalam rasa marah ker, celaru ker atau dalam masalah...wuduk + solat + al-quran dapat tenangkan hati kita...aku mang setuju kata-kata tu...
moral of the story x kira la aku nak bebas macam mana pun..aku still lagi x leh nak lari dari tanggungjawab aku sendiri dan aku x leh nak wat buta tuli jerk dengan perasaan orang lain or pendapat orang lain...smuanya sebab aku hidup bukan bersorangan tapi bermasyarakat...aku ada mak n abah yang aku perlukan utk membimbing aku...aku perlukan kakak-kakak and abang untuk memberi pandangan tentang apa jua keadaan dan aku ada kawan-kawan untuk tempat aku kongsikan perasaan dan kegilaan...well aku sayangkan diorang smua dan aku bersyukur diorang ada dalam hidup aku...

No comments:

Post a Comment